Saturday 12 May 2012

Kingdom of Heaven !

Assalamualaikum. . .


Hari ni ana nak share tentang feeling ana,
before this kan ana selalu share2 maklumat2 ja~


Semalam ana teramat sgt lah boring terus ana check2 la movie2 yg ada kat dlm lappy ana nie
then ana tertarik dgn movie "Kingdom of Heaven"
dlu ana ada tgk movie ni tapi blum habis lagi part A ana dah tertido...so seterusnya ana da tak tgk


so, nak dijadikan cerita ana tengok alone movie ni tapi beware yg under age ok !
movie ni dibuat oleh org Barat so faham2 la klu org Barat buat mmg wajib hukumnya dorang 
adakan adegan2 mesra yg memboringkn tu. . .


Ana menitiskan air mata saat tgk bagaimana org Islam ketika itu berusaha keras mempertahankan kota suci Baitulmuqqadis tu...namun tentera Christian dari Eropah berjaya juga merampas Jerusalem dgn keganasan yg xberperkamanusiaan..movie ni dibuat oleh org Barat sendiri & mmg mereka mengakui ketika itu tentera Christian bersikap seperti itu manakala kalau enti2 tgk bagaimana Salahuddin atau org Barat menggelarnya Saladin melayan tentera2 itu selepas berjaya dikalahkan ole para mujahiddin Islam dgn begitu baik sekali.
Bahkan semasa Raja Eropah itu sakit kuat yg mmg org ckp dah nazak, Salahuddin telah menghantarkan ahli Physiciannya krn beliau sgt kasihan melihat keadaan raja itu...
Nie scene2 yg menggambarkn keadaan perbincangan mereka ketika itu


 masa Salahuddin ckp "I will sent u my Physician"
 Perbincangan di antara Salahuddin & Raja Eropah tu
 Keadaannya yg sgt nazak ketika itu
Baginda seperti terkena penyakit sopak

At that time, sgtlah susah mereka merampas kembali kota suci milik kita itu drpd pihak musuh tapi tengok lah kita sekarang...ada tak pemimpin bersatu hati utk merampas kembali Masjid Al-Aqsa itu drpd tgn pihak rejim zionist laknatullah tu ??

Apabila kota suci umat Islam iaitu Baitulmuqaddis jatuh ke tangan tentera salib, 
maka gempar seluruh pemimpin Islam.
Perbincangan dilakukan oleh para ilmuwan bersama Sultan, ketua negara, Khalifah dan para menteri. Mereka tidak menyangka kota suci yg berada dlm tgn umat Islam selama hampir 500 tahun itu berjaya dirampas oleh tentera salib.

p/s utk pengetahuan semua Masjid Al-Aqsa adalah hak umat Islam jika yahudi mendakwa itu milik mereka ! Ini kerana Saidina Umar Al-Khattab yakni khalifah Islam ke-dua telah mewakafkan masjid Al-Aqsa itu kepada SEMUA umat ISLAM ~

Perbincangan mereka nyata menampakkan bibit2 kejayaan. Setiap negara Islam bersetuju  bergabung tenaga & merampas semula kota suci itu. Antara pemimpin yang gigih dlm usaha menghalau tentera salib ialah Imanuddin Zanki kemudiannya diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dgn bantuan panglima Asasuddin Syirkuh.

Setelah hampir 40 tahun tentera salib menduduki Baitulmuqaddis , maka lahir panglima Islam yg bernama Salahuddin al-Ayyubi iaitu pada 1138 Masihi. Beliau dibesarkn sama sprti kanak2 lain yg sebangsa dgnnya iaitu Kurdis. Keluarganya taat beragama & berjiwa kental sbagai seorg pahlawan. Ayahnya Najmuddin Ayyub adalah seorg yg masyur & beliau sndri yg mendidik Salahuddin.

Selain itu, Salahuddin juga dididik oleh pak ciknya yg merupakan penglima perang Syria iaitu Asasuddin Syirkuh. Salahuddin mula ikut dlm beberapa peperangan yg dipimpin oleh pak ciknya ini. Kemudian Salahuddin dilantik menjadi menteri di Kerajaan Fatimiyyah, menggantikan bapa saudaranya yg meninggal dunia. Beliau berjaya menumpaskan serangan pihak Byzantine dan Perancis yg cuba menakluk Kaherah.

Akhirnya beliau menjadi Raja Mesir pada tahun 1175. Beliau menggantikan raja terakhir dinasti Fatimiyyah yg mangkat. Setahun kemudian, beliau diiktiraf oleh khalifah di Baghdad sebagai pemerintah Mesir yg sah. Beliau memakai gelaran Sultan al-Malikun Nasir.

Kemuncak kejayaan penglima ini adalah apabila beliau berjaya memimpin tentera Islam merampas kembali tanah milik umat Islam iaitu Baitulmuqaddis. Slps berjuang lamanya dgn kepayahan, maka pada hari jumaat, 27 Rejab, tahun 583 Hijrah, Salahuddin bersama org2 Islam berjaya memasuki Baitulmuqaddis & melaungkan takbir "Allahu Akbar", dan berterima kasih kpd Allah S.W.T.
Dan utk pertama kalinya org Islam berjaya bersembahyang Jumaat di Masjid Al-Aqsa slps 92 tahun kehilangannya. 

Pada suatu hari, semasa beliau berjalan-jalan di Baitulmuqaddis, ada seorg tua Kristian bertanya kpdnya,
'Wahai pahlawan agung, tuan sudah berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapa tuan tidak membalas tindakan mereka sepertimana mereka memperlakukan tentera-tentera tuan ?'
Salahuddin menjawab, 'Wahai orang tua, agama kami melarang menyeksa manusia. Bahkan hati kecil saya juga melarang melakukan pembalasan diluar batas perikemanusiaan seperti yg pernah mereka lakukan. Agama saya ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami itu.'
Org tua itu berkata lagi, 'Alangkah indahnya agama tuan. Saya mahu sisa-sisa hidup saya ini menikmati kehidupan yg bahagia' Sesudah itu, lelaki itu pun memeluk Islam.

Dan kemudian pada 4 Mac 1193, Salahuddin telah kembali ke rahmatullah di Damaskus. Beliau dikatakan hanya meninggalkan 1 dinar emas & 36 dirham. Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan tidak mempunyai tanah atau kebun sedangkan beliau memegang kerajaan selama berpuluh-puluh tahun. Beliau sudah bertud]gas sebagai panglima perang serta menteri besar sebelum menubuhkan kerajaan Ayyubiah.
Kain kafannya adalah drpd warisannya sendiri shj. Allahu Akbar betapa sederhananya hidupmu wahai khalifahku yg agung...Semoga Allah memuliakan dirimu di akhirat kelak :'(

Dah baca ? Sila tinggalkan komen . TQ =..=

No comments: