Saturday 21 April 2012

9 Jenis Anak SYAITAN

Surah yg menceritakan asal-usul manusia & jin

Umar Al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. WALITUUN
Di mana syaitan ini akan berada di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat-cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2.WATHIIN
Syaitan ini akan mendekati hamba Allah yang baru mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.


3. A'AWAN
Menghasut Sultan/Raja/Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Syaitan ini akan menghasut mereka agar seronok dengan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar serta menerima nasihat dan pendapat Ulama.


4. HAFFAF
Syaitan ini berkawan baik dengan kaki botol. Dia juga akan menghampiri orang-orang yang berada di tempat-tempat berlakunya maksiat seperti disko, kedai-kedai arak & tempat2 sunyi di mana manusia melakukan kemaksiatan.


5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia ke'glamour'an.


6. MASUUD
Duduk di bibir manusia supaya menyebarkan fitnah, gosip, umpatan, dan apa sahaja penyakit yang lahirnya dari kata-kata mulut seseorang.


7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita, jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, suami pukul isteri, isteri hilang pertimbangan menunutut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadah-ibadah kita yang lain.




9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari...


kalau nak lebih tahu pasal kaum kerabat iblis ni saya cadangkan belilah buku OFFLINE DENGAN SYAITAN...coz saya pun pernah baca buku ni best sangat ! mmg tak menyesal kowt 
baca buku ni terutama bagi yg masih xdpt bezakan realiti hantu dan konsep syaitan ni...


ni contoh buku tu...disamping tu buku ni jugak ada couple dia taw ! iaitu ONLINE DENGAN TUHAN
hurm, tapi saya sendiri pun belum beli lagi buku online dgn tuhan ni...




Dah baca ? Sila tinggalkan komen . TQ =..=

Monday 16 April 2012

SYRIA Mampukah Kegemilangan Damsyik Berulang ?

Ya Allah bantulah SAUDARA ISLAM KAMI di Syria. . .

Syria merupakan salah satu dari empat buah negara Kota Syam. Ia dibuka buat kali pertama kalinya oleh Yazid bin Abu Sufyan atas perintah Abu Bakar As-Sidiq. Ketika itu Islam baru bertapak lebih kurang 25 tahun lamanya di tanah Arab.

Pada zaman Umayyah, pusat pemerintahan Islam di Madinah dipindahkan ke Kota Damsyik di Syria (ketika itu hanya dikenali sebagai tanah Syam). Masjid Umawi didirikan di situ, begitu juga Kota Ar-Raqqah yang merupakan salah satu kawasan sejarah di Syria juga. Sejarah awal membuktikan bahawa Kerajaan Greek pernah menguasai kawasan ini sebelum kedatangan Islam. Raqqah dikenali dengan nama Nikephorion atau Leontopolis ketika zaman Greek.


Ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, Khalifah Hisham dari zaman Umayyah terlebih dahulu berada di Raqqah. Kemudiannya diperintah oleh Khalifah Al-Mansur dari kerajaan Abbasiah. Beliau telah membangunkan kawasan Raqqah dan beberapa senibina mirip binaan di Baghdad telah dibina di Raqqah. Khalifah Harun Ar-Rasyid juga pernah membangunkan Raqqah dan dikenali dengan Al-Rafiqa. Sallehuddin Al-Ayubi, Nuruddin Zinki pernah menguasai kawasan ini ketika abad ke-12.

Kegemilangan ini bukan untuk dibanggakan. Ini kerana, meskipun masjid Umawi masih gah berdiri, jasad para nabi iaitu Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Khidir bersemadi di tanah Syam itu, perebutan kuasa dan pertumpahan darah tak pernah berhenti sehingga ke hari ini. Jabal Qasiyyun di Syria juga pernah menjadi saksi, pertumpahan darah buat pertama kali oleh anak Adam sendiri.

'Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh
saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia seorang 
di antara orang-orang yang merugi'.
(An-Nisa:30)


Dewasa ini juga, kita melihat dgn penuh kegerunan tindakan Bashar Al-Assad memerintah Syria selama 4 dekad. Protes oleh rakyat yg tercetus pd Mac 2011 bermula di bahagian selatan kawasan Deera. Ketika itu rakyat berkumpul untuk memohon pembebasan 15 org kanak-kanak sekolah yg ditahan juga dilaporkn diseksa hanya krn mereka menulis sesuatu di dinding sekolah mereka :
"Rakyat mahukan kejatuhan regim ini."

Di waktu itu, mereka hanya mahukan demokrasi dan kebebasan, bukan turunnya Presiden Assad dari takhta. Tidak cukup stakat itu, ketika rakyat berdemostrasi sewaktu Solat Jumaat pd 18 Mac 2011, pihak berkuasa telah menembak mati 4 org. Keesokan harinya juga mereka menembak lagi seorg rakyat yg berada di majlis pengebumian 4 org mangsa tersebut.

Protes di Deera semakin merebak sehingga lebih bnyk tentera dikerahkan utk menyekat kemaraan mereka. Berpuluh org terbunuh setelah rumah para aktivis itu dirempuh oleh tentera. Usaha kerajaan itu gagal utk menghentikan suara rakyat. Malah mencetuskan lebih banyak lagi demonstrasi di bndr2 lain di negara itu, termasuklah Baniyas, Homs dan Hama. Sehinggalah pertangahan Mei, jumlah kematian adalah seramai 1000 org. Majoriti penduduk Syria yg seramai 21 juta org itu adalah penganut agama Islam Sunni. Walaubagaimanapun, sebahagian kecil mereka menganut Islam Shiah termasuklah Presiden Bashar Assad. Kebanyakan negeri yg mencetuskan rusuhan adalah di kalangan golongan Sunni. Hari ini, pertumpahan di Syria berlaku kerana rakyat menjadi sangat marah kpd kerajaan yg semakin menggila !



Kini PBB melaporkan seramai 5000 org rakyat Syria mati & 14 ribu org dipenjarakan semenjak rusuhan bermula. Akhbar juga melaporkan pihak berkuasa Syria, pernah membunuh 19 org doktor di hospital dan 40 org pesakit yg tidak berdaya. Begitu juga laungan takbir disekat , malah lebih teruk kerajaan menyuruh kalimah itu ditukar kepada La Ilaha Illa Basyar Asad.

Kita yg melihat dari jauh ini tentu melihat konflik di negara itu penuh sedih :'( Sehingga kini, Presiden 
Bashar masih enggan memenuhi permintaan rkyat & juga tekanan antarabangsa untuk meletakkan 
jawatan tersebut. . .Kita juga perlu mengambil ibrah akan akibat dari sebuah ngara yg dipimpin oleh seorg pemimpin yg ZALIM !

Dah baca ? Sila tinggalkan komen . TQ =..=

Saturday 14 April 2012

The Princess in the hearts of the people (part III) ^_^

Sekarang nie aQ nak crita ttg putera2 Lady Diana ni pulak k !
hurm kn mendiang Diana ni ada 2 org anak lelaki...
Yg sulung tu lebih rapat ngan father dia, Prince Charles
maybe sbb dia bkl pewaris kot, ala mcm dlm movie2 tuh slalu mmg ank raja yg sulung lebih rpt ngan bpa dia..
manakala anaknya yg kedua ni dari kecil smpai la mama dia meninggal iaitu masa umur dia baru 13 tahun...
so thats why dia skg ni nmpk sgt memberontak ngan bapa dia meh kita tgk pic dorang ni dulu k !

Prince Harry digendong oleh Lady Diana manakala Prince William bersama Prince Charles
mmg dari kecil Prince Harry lebih nakal berbanding abangnya hah co0mel ^_^
Prince Harry bersama ibunya
like father like son


Prince William lebih gemar menghabiskan masa lapangnya bersama ayahnya
 Prince Harry sama seperti Lady Diana sangat suka kpd budak2 & aktiviti amal
 Walaupun sering bersosial & dianggap sering menimbulkan masalah dlm keluarga diraja, Harry tidak ambil pusing malah lebih gemar menjelajah ke negara2 miskin dan hidup bebas di sana
Not Racist towards the black people muahhh I love u =)
 Harry mesti lebih rapat dgn bapa dia klu tanpa Camilla iaitu ibu tiri dia kn 0_o
 Prince Charles suka aktiviti ski
Prince Harry sentiasa mampu menarik perhatian keluarga diraja nie

DIANA PERSONAL LIFE AFTER DIVORCE

Selepas bercerai, Diana tinggal kat apartmen di utara Istana Kensington dimana dulu dia berkongsi hidup bersama suaminya ketika tahun pertama perkahwinan mereka itu dan dia terus tinggal di sana sehinggalah kematiannya...
Prince William yg ketika itu telah berusia 14 tahun bersikap tenang dan ingin ibunya memiliki gaya hidup seperti dahulu lagi dan katanya :
"Don't worry, Mummy, I will give it back to you one day when I am King."

Diana pernah dikaitkan dengan Hasnat Khan iaitu seorang doktor pakar bedah jantung dari Jhelum, Pakistan. Tetapi kerana keluarga Khan ini tidak menyetujui mereka kerana menginginkan Hasnat berkahwin sesama Islam...Lalu pada June 1997 mereka telah berpisah.
Kemudiannya Diana menjalinkan hubungan dengan Dodi Al-Fayed iaitu anak tunggal kepada orang kaya yg beragama Islam iaitu Mohamed Al-Fayed. Mereka mula rapat ketika Diana ingin mengajak anak2nya bercuti di rumah panas milik keluarga Dodi di Hampston, New York tetapi pengawal keselamatan mereka menghalang...Kemudian keluarga Al-Fayed pun merancang untuk membawa mereka bercuti di Selatan Perancis di mana kompaun & keselamatan terperinci besar tidak akan menyebabkan kebimbangan kpd Skuad Perlindungan DiRaja itu lagi....
Mohamed Al-Fayed telah membeli kapal layar yg berharga jutaan pound, iaitu Jonikal panjangnya 60 meter & melayani anak2 Diana...

Diana bersama Dodi Al-Fayed bercuti bersama

SAAT KEMATIAN DIANA SPENCER & DODI AL-FAYED

Kerana ramai pihak telah mengetahui hubungan intim Diana & Dodi ni...maka ramailah Paparazi yg cuba mendapatkan bukti & menghebah2kan perkara ini... Selepas itu, Diana & Dodi telah merancang untuk bertunang namun, hajat mereka ini tidak kesampaian apabila pada malam 31 Ogos 1997 mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri bersama mereka ketika itu ialah pemandu peribadi Dodi Al-Fayed iaitu Henri Paul...ketika itu mereka sedang melarikan diri drpd ditangkap gambar oleh paparazi yg sedang mengikuti kereta mereka bagi mendptkn cerita2 yg sensasi...
Namun, banyak andaian org lagi yg mengatakan kematian mereka ini adalah dirancang...

> Ada pihak yg mengatakan Prince Charles sendiri yg merancang kemalangan itu krn cemburu dan marah dgn tindakan bekas isterinya itu yg ingin berkahwin dgn seorang jutawan
> Ada juga yg berkata ia dirancang oleh bekas bapa mertua Diana sendiri kerana masih menganggap Diana ahli keluarga diraja mereka & tidak ingin ahli keluarganya yg memeluk Islam. Ini kerana Diana dikatakan akan memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Dodi Al-Fayed
> Tidak kurang juga yg mengaitkan kemalangan ini dgn Iluminati kerana Ratu Elizabeth dikatakan salah seorang ahli Freemason & sebab utama dulu dia memilih Diana utk dikahwinkn dgn Charles krn keluarga Diana juga dri kalangan Elite, dimana sprti yg kita ketahui gerakan Freemason ini menginginkan ahlinya dari kalangan atasan bagi memudahkan mereka.So, Queen itu dikatakan ingin membunuh Diana krn Diana telah keluar dri gerakan itu dan menganuti agama Islam

 Prince Philip, Prince William, Charles Spencer, Prince Harry & Prince Charles
 Keadaan kereta Mercedez-Benz S280 milik Dodi Al-Fayed
 Surat dari putera2nya
Prince William & Harry yg sgt2 sedih :'(
 Gambar ini sempat diambil oleh paparazi beberapa minit sebelum kemalangan itu
Keadaan Lady Diana semasa kemalangan itu berlaku


Jutaan rakyat datang ke majlis pengebumiaannya & memberi bunga sebagai tanda cinta & syg mereka kpd Puteri Diana

Gambar kenangan Princess Diana di majlis tari-menari bersama John Travolta

RIP LADY DIANA SPENCER


Dah baca ? Sila tinggalkan komen . TQ =..=

Friday 13 April 2012

The Princess in the hearts of the people (part II) ^_^

FAIRYTALE WEDDING

The Engagement Ring that is Blue Sapphire ring with 14 diamonds surrounding it
The ring now with Kate Middleton that is her first daughter in law

          so, nak dijadikan crita...pada 24 February 1981, selepas Lady Diana memilih cincin berlian Sapphire yang bernilai  £30,000 (kini £94,800). . . mereka pun secara rasminya telah mengumunkan mengenai pertunangan tersebut...
          
          Pada 29 July 1981, Diana yang baru berusia 20 tahun telah pun berkahwin dengan Putera Charles yang pada ketika itu telah pun berusia 33 tahun. . .Sebelum mereka berkahwin, Diana telah diperiksa dan disahkan "VIRGIN" (untunglah...Prince Charles)... Seharusnya perkahwinan mereka dilangsungkan di Westminster Abbey iaitu tempat dimana setiap kali keluarga diraja ini mengadakan upacara perkahwinan atau apa2 upacara berkaitan akan dilangsungkan di sana...tapi kerana perkahwinan ini sangat dinantikan rakyat & kaum kerabat mereka sendiri, mereka telah melangsungkannya di St. Paul's Cathedral dimana kawasannya boleh menempatkan lebih banyak kerusi untuk dimuatkan....Perkahwinan ini telah dipanggil sebagai "FAIRYTALE WEDDING" dimana seramai 750 million orang menyaksikan perkahwinan mereka ini live melalui TV manakala seramai 600,000 orang sanggup menunggu disepanjang jalan gereja tersebut untuk menyaksikan Diana bersama puteranya melalui jalan tersebut...(wahhhh ini baru mcm cerita cinta dongeng kat TV tu selalu ^_^) 

dalam kereta kuda
saat dalam gereja St. Paul
di hadapan gereja untuk menyaksikan rakyat
sayangnya putera ni kat princess Diana masa ni
Selesai upacara hewhew "JUST MARRIED"
Gambar Rasmi Pertama
Gambar Rasmi Kedua bersama keluarga besar Diraja

PRINCESS DIANA GIVING BIRTH 0_0

   Pada 5 November 1981 berita kehamilan puteri Diana telah diumumkan telah diumumkan...  
Dan ketika usia kandungannya baru mencapai 2 minggu, Diana telah terjatuh tangga di Sandringham iaitu pada January 1982. The royal gynaecologist, Sir George Pinker telah datang untuk melakukan pemeriksaan dan menemukan bekas lebam tetapi janin beliau tetap dalam keadaan selamat...
Pada 21 June 1982, Seorang putera juga bakal pewaris takhta England telah lahir secara normal di Hospital Private Lindo Wing of St. Mary's di Paddington, London...Bayi lelaki tersebut dinamakan William Arthur Philip Louis....

      Prince William Arthur Philip Louis (kini telah berusia 30 tahun)

Dua tahun selepas itu pula iaitu pada 15 September 1984, Putera Henry Charles Albert David pula telah dilahirkan atau lebih dikenali sebagai Prince Harry (kini berusia 28 tahun)...

Prince Charles Philip Arthur George, Princess Diana, Prince William Arthur Philip Louis & Prince Henry Charles Albert David

TUGAS-TUGAS RASMI PRINCESS DIANA OF WALES

selain sibuk menjalankan tugasnya terhadap suami dan anak-anak, Diana juga harus menjalankan tugas2 rasmi sebagai isteri kepada pewaris negara England itu...Sebagai seorang ibu, dia sangat menitikberatkan kesempurnaan untuk anak2nya... Sehinggakan, nama pertama putera2nya adalah mesti dia sendiri yg tentukan. Semasa pemilihan pengasuh untuk setiap puteranya, dia juga melibatkan diri. Namun, dia tidak menyerahkan 100% tugas mengasuh anak2nya kpd nanny2 tersebut. Diana jugalah yg akan memilih sekolah2 putera2 tersebut, apa pakaian yg harus mereka pakai & beliau sendiri yg membuatkn jadual untuk anak2nya...
0oooo so sweet <3 . <3

Bermula pada tahun 1983, dia mula melakukan tugas2 penting walaupun pada mulanya dia agak kekok kerana usianya yg masih dikira mentah itu... Diana berkata "I am finding it very difficult to cope with the pressure of being The Princess of Wales, but I am learning to cope." Sejak pertengahan 1980-an Diana banyak melibatkan diri dalam acara2 amal.Sebagai puteri, ramai pihak mengharapkan kehadirannya dihadapan public seperti di hospital2, sekolah2 dan apa2 shj acara amal. Sejak dari itulah dia sangat disukai oleh rakyat jelata
Antara kata2 Diana yg mereka sukai ialah :

"I would like to be a queen in the hearts of the people."

“The worst illness of our time is that so many people have to suffer from never being loved.”

“Your patron has never been happier to see you. Whatever uncertainties the last few weeks may have brought I want you to be certain of this our work together will continue unchanged. Especially at Christmas. The sick, the old, the handicapped and the homeless, the lonely, the confused and the simply unloved who are needing your help more than ever."

“2 things stand like stone Kindness in another trouble courage in your own”


Diana banyak melibatkan diri dalam persatuan2 berkaitan penyakit HIV AIDS
Sepanjang hidupnya, dia adalah seorang pemberontak. Beliau digambarkan sebagai orang terpenting dalam mengubah pendapat & sikap rakyat kepada penyakit AIDS.Dia dianggap pemberontak kerana telah melanggar protokol & tradisi keluarga DiRaja. Kata2nya ialah :


"HIV tidak boleh membuat orang berbahaya tahu. Anda boleh berjabat tangan dengan mereka dan memberi syurga pelukan kepada mereka yang memerlukan."


Diana sentiasa bersikap biasa terhadap semua jenis lapisan masyarakat.

KEHANCURAN RUMAHTANGGA PRINCE CHARLES & PRINCESS DIANA

Masalah rumahtangga ini wujud selepas Prince Charles berubah hati & kembali menjalinkan perhubungannya dengan bekas kekasih lamanya iaitu Camilla Rosemary Shand yang tua setahun darinya...

INILAH SALAH SATU REASON KENAPA RATU ENGLAND iaitu ibu kpd Prince Charles dulu terus menerima pilihannya iaitu Puteri Diana yang jauh lebih muda & berkedudukan setaraf bagi ratu itu.
Queen Elizabeth menentag keras akan perhubungan mereka ini kerana Camilla semasa Prince Charles bercinta dengannya adalah isteri orang..(aih...isteri dah la muda, yg orang punya juga mu nak kebas hah.Pelik la nafsu anak raja sorang nih)

Gambar perkahwinan Camilla bersama bekas suaminya Tom Parker Bowles

Banyak paparazi telah berjaya menghebahkan mengenai hubungan mereka ini sehingga sampai ke telinga isteri dan suami masing2.

Wartawan yg berjaya menangkap gambar mereka sewaktu berdua di kereta
Gambar ini diambil semasa perlawanan POLO prince charles iaitu 18 bulan sebelum prince Harry lahir
Gambar berdating (uits2 happy nampak !)
Pada tahun 1980 Diana berbicara hati ke hati dengan Camilla agar tidak mengganggu rumahtangganya
kesiannya dia :'( mesti si Camilla ckp "bukan aQ yg kacau dia, dia yg suka aQ"
hehe jwpn usual org bagi kn ^_^
Dan lastly...walaupun pelbagai usaha Diana lakukan bagi memenangi hati Princenya kembali tidak berjaya mereka membuat keputusan utk bercerai....Dah la kena cerai, tittle kena tarik ! lepas tu diarah untuk tidak tinggal di kediaman rasmi mereka lagi...huh ! nasib la jadi pompuan :'(

k la da nak maghrib ni...time to solat first ! tatatititutu aQ chaw dlu insyallah mlm ni gak sambung entry part ke-3 iaitu part terakhir about PRINCESS DIANA ups lupa tittle da ditarik so back to normal LADY DIANA =)

Assalamualaikum . . .



Dah baca ? Sila tinggalkan komen . TQ =..=